Sunday 27 January 2013

VISI MISI FALSAFAH PERKHIDMATAN BIMBINGAN KAUNSELING SEKOLAH

VISI MISI FALSAFAH 
PERKHIDMATAN BIMBINGAN KAUNSELING SEKOLAH

 

VISI
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menjadi peneraju utama dalam
mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif
di sekolah.

MISI

Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya:
• Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan.
• Melahirkan pelajar yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia.
• Membimbing pelajar ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.
• Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling.
• Memberikan pendidikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada pelajar.
• Memupuk semangat dan kualiti kepimpinan di kalangan pelajar.

FALSAFAH
Bahawasanya setiap pelajar mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan pelajar yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.



Saturday 19 January 2013

Minggu Orientasi Tingkatan 1 2013 SMK Lepar Hilir

Gambar Minggu Orientasi Tingkatan 1 2013
SMK Lepar Hilir, Kuantan, Pahang


Gambar di hadapan SMK Lepar Hilir, Kuantan, Pahang

Gambar persekitaran SMK Lepar Hilir, Kuantan, Pahang

 
 Dewan Bestari SMK Lepar Hilir 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah Minggu Orientasi Tingkatan 1 2013 SMK Lepar Hilir telah berjalan dengan jayanya. 

Bermula pada Hari Rabu, 2.1.2013 hingga hari Jumaat 4.1.2013, pelbagai aktiviti Minggu Orientasi telah dijayakan oleh semua Guru Bimbingan Kaunseling SMK Lepar Hilir dengan kerjasama semua guru-guru SMK Lepar Hilir.
 

Pengetua SMK Lepar Hilir, Puan Siti Mariam Bt Baharuddin
 sedang menyampaikan ucapan perasmian penutup
 Minggu Orientasi Tingkatan 1 2013 pada Hari Jumaat, 4.1.2013 .


 Taklimat daripada Bina Insan oleh Puan Khazimah Bt Adam

 Wajah-wajah Pelajar Tingkatan 1 2013


   
Taklimat PBS oleh GPK Pentadbitan SMK Lepar Hilir ,
Pn Norilah Adam.
Kelihatan di gambar atas juga Puan Normah Bt Buyong, 
Guru Bimbingan Kaunseling SMK Lepar Hilir  sedang mengendalikan
 Minggu Orinetasi pada pagi 2.1.2013.





Guru Bimbingan Kaunseling SMK Lepar Hilir En Mizam Bin Abdul Rashid,
saya di bawah pentas, he he.


 Encik Mohamad Nawawi Bin Zakaria selaku Guru Kanan Disiplin.

 Contoh Pelajar Berpakaian kemas Ditunjukkan oleh Cikgu Nawawi.

 
 Taklimat Ko kurikulum

oleh Encik Mohamad Azman Bin Ali. 

Guru kelas Tingkatan 1 SMK Lepar Hilir pada 2013:

Tingkatan 1 Sejahtera : Pn Roslina Bt Ahmad Said
Tingkatan 1 Maju : Pn Siti Mufaridiah Bt Ahmad Zabidi
1 Luhur  :  Pn Anisah Bt Jumikan
1 Pintar : Encik Tarmizi Bin Zainal

Maklumat Asas SMK Lepar Hilir



Pengetua / Guru BesarPN SITI MARIAM BT BAHARUDDIN
GPK 1PN NORILAH BT ADAM
GPK HEMEN AHMAD AZHAR BIN AWANG MAHARUM
GPK KoEN RAMLI BIN IBRAHIM
GPK Petang-
GPMMARIANA BT JUSOH
GPBSARIZA BT BAKAR
Guru Pusat AksesSARIZA BT BAKAR
 *Juruteknik Komputer-
Gred SekolahA
LokasiLUAR BANDAR
Jarak ke JPN49 KM
Jarak ke PPD43 KM
Jarak ke BTPN53 KM
Jarak ke PKG28 KM
Bilangan Guru64


SEJARAH RINGKAS SMK LEPAR HILIR

Sekolah Menengah Kebangsaan Lepar Hilir atau nama ringkasnya SMK Lepar Hilir, merupakan sebuah Sekolah Menengah kebangsaan
 yang terletak di Jalan Lepar 1 Gambang.


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Lepar Hilir memiliki 460 pelajar lelaki dan 471 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 931 orang. Ia mempunyai seramai 69 orang guru.2009

Kod  sekolah CEA4076

Sejarah Penubuhan Dan Perkembangan SMK LEPAR HILIR


SMK Lepar Hilir dibina pada tahun 1989 di Felda Lepar Hilir 01 di bawah projek Bank Dunia.Perbelanjaan keseluruhan pembinaannya berilai hampir RM 2 juta.

SMK Lepar Hilir dibina di atas kawasan seluas 28 ekar.Pada permulaannya kemudahan fizikalnya terdiri daripada blok bangunan A,blok bangunan B,sebuah bengkel KH,sebuah kantin dan 3 buah rumah guru.Walaubagaimanapun,hasil daripada peningkatan jumlah pelajar dan guru, 2 buah blok bangunan lagi telah ditambah termasuk sebuah blok bangunan makmal sains.

Pada masa ini sebuah bengkel khusus untuk subjek ERT sedang dalam pengubahsuaian.Sekolah juga berasa amat bertuah kerana mendapat sebuah dewan yang dinamakan Dewan Bestari.Kompleks Perumahan Guru yang legkap juga telah memberikan kemudahan tempat tinggal yang selesa kepada guru-guru.



Sewakatu sekolah mula dibuka pada 1 Disember 1990,terdapat hanya 8 orang guru,2 orang pekerja am/tukang kebun,seorang pembantu makmal dan seorang pembantu tadbir.Tn Haji Abd Razak Bin Mohamad selaku GPK 1 telah memangku jawatan pengetua,Pn Norihan Bt Busthaman sebagai GPK HEM dan En Kamaruzzaman Bin Kamdari sebagai GPK Ko-kurikulum.Setelah 16 tahun penubuhannya jumlah guru telah meningkat kepada 66 orang dengan 2 pembantu tadbir,4 orang pembant am rendah,5 orang pembantu rendah am,4 orang pembantu makmal dan seorang pembantu sambilan.



Kemasukan pelajar pertama bagi tingkatan satu yang sebelumnya belajar di SK Lepar Hilir 01,02 dan 03 seramai 110 orang.Pertambahan bilangan pelajar menyebabkan mulai tahun 1994 persekolahan dijalankan dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang.Penyelia petang yang pertama ialah Pn Norazna Bt Bakri.

 Mulai sesi persekolahan 1995/1996,sekolah menerima pelajar-pelajar dari SRJK (C) Gambang seramai 66 orang.Pertambahan bilangan dari setahun ke setahun membolehkan gred sekolah dinaikkan ke gred A iaitu pada 1 November 1997.Pada tahun 2005 bilangan pelajar telah bertambah ke 1135 orang.Setelah mendapat 2blok bangunan baru sekolah telah berupaya dijalakan pada sesi pagi sahaja.

Sumber Wikepedia





Sunday 13 January 2013

Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 12 Tahun 2012: Perekayasaan Perkhidmatan Bimbingan Dan kaunseling Di Sekolah

Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 12 Tahun 2012: Perekayasaan Perkhidmatan Bimbingan Dan kaunseling Di Sekolah 

 

Sila baca dengan teliti terutama untuk mereka yang terlibat dengan unit bimbingan dan kaunseling.


Perekayasaan Perkhidmatan Bimbingan Dan kaunseling Di Sekolah

Perekayasaan Perkhidmatan Bimbingan & kaunseling Di Sekolah



Surat pekeliling KPM bertarikh 16 April 2012 menggariskan 4 fokus dalam perekayasaan ini:-


1. Pembangunan dan pengembangan sahsiah diri murid;
2. peningkatan disiplin diri murid;
3. pendidikan kerjaya murid;
4. psikososial & kesejahteraan mental murid.